CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 6, 2009

...Jenaka Ria...

apa itu jenaka??
bagi aku, jenaka itu adalah sesuatu perkara yang kita lakukan dan kemudian ia nya akan di ikuti dengan gelak ketawa manusia2 yang merasakan perkara itu sangat lucu, samada ianya relevan atau pon tidak...jenaka juga boleh dikenali sebagai cerita lawak/cerita lucu/cerita yang menggelikan hati dan yang lain-lain...(ini pendapat aku ok..terpulang pada korang samada suka ataupun tidak..ini jer yang ade dalam kepala otak aku wat mase ni...langsung tidak ade kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati)

tapi kat sini aku bukan nak cerita tentang ape maksud jenaka atau nama lain bagi jenaka..
ini adalah mengenai etika yang aku rase tak boleh diterima ketika seseorang nak melawak ngan aku...

sebenarnya aku ok jer kalau orang nak melawak ngan aku... even aku jadi bahan pon aku boleh terima jer...
ASALKAN kau tak malukan aku sampai 1 lembah tahu ataupun kau gurau benda2 yang melibatkan maruah aku ngan keluarga aku dah ar....

aku pantang betul kalau orang tu melawak dengan benda2 sensitif ni...
tak suka dowh...sakit hati aku nih..
kalau ar benda ni terjadi kan..
kalau dengan kawan2 aku, aku akan merajuk(aku taw cam poyo jer, tapi nak gak merajuk..hehehe)... then lepas tu aku akan cari salah seorang rakan ku tuk aku luahkan dan sampaikan kepada si polan agar beliau tahu yang beliau telah melampaui batas!

kalau dengan 'seseorang' tu, aku akn marah dia!!!
tapi kalau tak paham bahasa gak, memang nak kena ar tu...
(tindakan yang akan di ambil tak boleh diberitahu coz segan ar aku...malu...hehehe..)


point kat sini bukan aku nak cakap pasal jalan penyelesaian bagi mengatasi orang yang telah melanggar etikanya semasa melawak ngan aku atau pape lagi yang berkaitan dengannya.....

tapi aku just nak cakap yang aku tidak suka kamu berlawak tentang perkara-perkara yang sensitif, paham tak???
aku tidak suka!!!!

eee geram nya......
xsuke, xsuke, xsuke.....(sakit hati ni bile cakap ngan orang yang tak paham bahasa,dimana da macam2 bahasa aku terang kat dia...tapi still buat lagi..)

2 comments:

A m a l said...

ok,lepas ni saya serious...

haipp....

W-A-N-I said...

hum ye lar tu...

kata2 yang tidak boleh di percayai sma sekali...

weks!!!!!
huh....